Selamat Datang Ke Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Rakan Blogspot Dot Com

Tuesday, February 22, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Ke-13 & Hari Anugerah Cemerlang 2011

MESYUARAT AGUNG P.I.B.G KE-13 
DAN 
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Tarikh : 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 8:30 - 12:00
Tempat : Dewan SK Taman Rakan
Dirasmikan Oleh : Dato' Hj. Hasan Bin Abd. Rahman
(YDP MPKj)       

"Semua Warga SKTR Dijemput Hadir"

Thursday, February 17, 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

 TARIKH : 19 FEBRUARI 2011 (SABTU)
MASA : 7:30 pagi - 12:30 tgh/hari (Sesi Pagi)
12:45 tgh/hari - 5:45 petang (Sesi Petang)
TEMPAT : SK Taman Rakan
SEMUA PELAJAR ISLAM WAJIB HADIR

AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL
TARIKH : 19 FEBRUARI 2011 (SABTU)
MASA : 7:30 pagi - 12:30 tgh/hari (Sesi Pagi)
12:45 tgh/hari - 5 :45 petang (Sesi Petang)
TEMPAT : SK Taman Rakan
SEMUA PELAJAR MORAL WAJIB HADIR

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
MASA : 7:30 PAGI - 12:00 TGH/HARI
TEMPAT : DEWAN SK TAMAN RAKAN

SEMUA PELAJAR ISLAM WAJIB HADIR

AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL  


TARIKH : 18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
MASA : 7:30 PAGI - 12:00 TGH/HARI
TEMPAT : SK TAMAN RAKAN

SEMUA PELAJAR BUKAN ISLAM WAJIB HADIR

Sunday, February 6, 2011

Kejayaan Bukan Datang Tiba-tiba

KAJANG - (Februari), Dari mimpi lahirlah impian. Semacam dari kata akar yang sama. Dua-duanya berkaitan dengan imaginasi. Hmm...bukankah imaginasi mampu menjadi realiti?
"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it."
Kata-kata semangat dari Mr. X. Tak cukup lagi,
"What a mind can conceive and believe, it can achieve."
Kita merenung kembali kisah Ted Williams yang menyimpan seribu macam harapan untuk keluar dari belenggu kesusahan. Sekali nampak macam mustahil. Seorang yang hidupnya merempat di tepi jalan bertahun-tahun lamanya ingin mengubah kehidupan. Dan Ted berjaya. Namun kejayaannya bukan datang dengan tiba-tiba. Ada usaha dan tawakkal disertakan bersama! Kita bagaimana? Indahnya kehidupan seorang muslim bila kita mendengar ganjaran Syurga. Oh Allah, kurniakanlah kami Syurga Firdaus. Imaginasinya sudah ada. Doa pun sudah ada. Cuma usahanya sahaja tidak seberapa. Aku teringat suatu peristiwa. Waktu itu kami dijemput untuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri.
"Eh kita nak pakai baju apa ni," tanya kawanku.
"Ntah..cuba ko tanya Dollah," balasku.
Dollah adalah orang yang menguruskan perjumpaan kami ini.
"Korang ada kemeja tak?" tanya Dollah.
"Takde la pulak..kiteorang tak bawak," balasku sedikit kerisauan.
"Hmm...t-shirt tak sesuai. Orang besar-besar dalam majlis ni. Jap aku fikir," terang Dollah.
Hmm..t-shirt nampaknya tidak sesuai untuk bersembang dengan orang kenamaan. Martabat tinggi agaknya.
Lalu bagaimanakah kesesuaian untuk bersama dengan orang yang hebat dalam Syurga? Pernah diambil kira?
Saidina Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya untuk Islam. Beliau adalah penghuni syurga. Kita? 50 sen pun berkira. Boleh buat beli ais krim. Itu belum cerita hendak datang solat berjemaah di masjid. Tidak cukup masa. Ada perjuangan lagi besar di luar sana!

- Artikel iluvislam.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...